Get cash from your website. Sign up as affiliate

Monday, January 17, 2011

curang

abu merupakan seorang yang sangat rajin dan bertanggungjawab dalam pekerjaannya.
isterinya pula seorang suri rumah yang sangat kuat melaram dan bersolek.
disebabkan abu seringkali pulang lewat dan outstation, maka isterinya menggatal-gatal dengan Karim, jiran sebelahnye.
suatu hari, abu memberitahu isterinya bahawa dia tidak pulang kerana outstation.
isteri abu pun mula mengatur asmara dengan karim.
sedang mereka beraksi,, tiba2...

ponn!! ponn!! honk kereta abu didengari.apa lagi karim pun cuak gila dan cuba nak lari.
namun karim sudah tidak punya masa lagi. isteri abu pun menuangkan baby oil ke seluruh tubuh karim dan menyembur seluruhnya dengan bedak. karim disuruhnya menyamarkan diri menjadi patung. apabila abu bertanyakan kepada isterinya tentang patung tersebut,, isterinya menyatakan patung itu adalah perhiasan yang ditempahnya dari oversea.

malam tersebut, tanpa disedari isteri, abu pun dengan perlahan pergi kedapur. dibukanya peti sejuk, dikeluarkan sekeping sandwic dan segelas susu. abu pun menghulurkan sandwic dan susu tersebut kepada patung tadi. dengan muka selamber, abu berkata kepada patung "nah, ambik la sandwic dengan susu ni. ni dah kira baik aku bagi ko sandwic n susu. minggu lepas 2hari 2 malam aku jadi patung kat rumah ko xmakan xminum"

stesen keretapi

Satu pagi di stesen keretapi...
ada satu makcik menghampiri kaunter tiket.
dia tanya petugas
kaunter...

Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"

Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7
Gemas. Makcik nak pergi mana?.."

Makcik: "Makcik nak tumpang melintas aja."

kisah anjing

Pada satu masa ada 2 ekor anjing.anjing A dan anjing B.Mereka berdua tinggal di sebuah pulau bernama pulau Niza.Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ketempat lain.lalu si anjing A nie pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.


Setelah persetujuan di capai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari,angkat berat dan berjogging ( iya la menguatkan stamina untuk berenang ke seberang ).Tapi anjing B tadi buat selamba je...tak ada persiapan langsung.

Lalu anjing A nie tadi bertanye "eh..kau tak buat persiapan ke? rileks je?

Anjing B menjawab "tak payah buat persiapan semua dah siap".

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B.."lantak kau la. " dan terus dengan latihannya..

Maka hari yang di nantikan pun tiba..maka berenang la si anjing tadi ke seberang..dia menyangkakan yang kawanya sianjing B masih lagi berada di pulau Niza...tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai je..lalu sianjing A nie bertanya pada anjing B " Macamana kau bleh sampai dulu?"

Lalu jawap si anjing B.. AKU KAN ANJING LAUT!!!

Sunday, January 16, 2011

takde telinga

Kasim dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.

Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Kasim bertanya satu soalan kepada lelaki itu.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam” jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Kasim mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Kasim bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya …saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya.” puji perempuan itu.
Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Kasim berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Kasim bertanya soalan serupa.
“Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?” “Ya. Awak pakai contact lens,” jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Kasim gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
“Bagaimana awak tau” tanya Kasim lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,”Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana”.

teka-teki

soalan: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhu

soalan: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam.. haha

soalan: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai langit-langit!

soalan: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

soalan: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Spender?
Jawapan: Sebab dia gali pakai cangkol!

soalan: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawapan: mata bila nk tido!!

soalan: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

soalan: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

soalan: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

soalan: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

soalan: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

soalan: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!